tag:blogger.com,1999:blog-33877080983708103962024-03-06T07:20:37.932+08:00Go HerbalPeluang, potensi, aktiviti dan kreativiti industri herbaZainal A. Kasimhttp://www.blogger.com/profile/18012043145523431445noreply@blogger.comBlogger18125tag:blogger.com,1999:blog-3387708098370810396.post-27593569665000948682010-02-19T15:57:00.002+08:002010-02-19T16:03:55.005+08:00Produk Herba Tempatan SelamatKENYATAAN AKHBAR MALAYSIAN HERBAL CORPORATION

Kenyataan Prof. Roger Byard, pakar patologi forensik University of Adelaide yang diterbitkan di dalam Jurnal Sains Forensik yang berpejabat di Amerika Syarikat yang menyatakan bahawa produk herba yang diambil secara berlebihan boleh menyebabkan kematian adalah satu kenyataan umum yang tidak memberi keadilan kepada produk-produk yang berasaskan herba.

Pengurus Besar Kumpulan Malaysian Herbal Corporation (MHC) Encik Zainal Azman Abu Kasim ketika mengulas kenyataan Prof. Roger Byard berkata “Umum mengetahui bahawa produk ubat-ubatan walau dalam bentuk apa sekali pun dan tidak terhad kepada produk berasaskan herba akan memudaratkan kesihatan sekiranya diambil secara berlebihan. Ia juga pasti akan memberi kesan sampingan sekiranya dicampur dengan produk preskripsi yang berasaskan kimia”.

Beliau berkata, produk berasaskan herba sebenarnya adalah selamat untuk pengguna kerana secara semulajadinya herba yang dikilang perlu melalui proses yang dikawal selia sebelum ianya dijadikan produk.

“Di Malaysia, semua produk berasaskan herba tidak kira yang dikeluarkan oleh pengusaha tempatan mahupun produk yang diimport perlu mendapatkan kelulusan Kementerian Kesihatan dahulu sebelum ianya dibenarkan untuk dipasarkan kepada pengguna”.

“Dalam masa yang sama, Kementerian Kesihatan juga menjalankan penguatkuasaan yang ketat untuk memastikan produk yang dipasarkan mengikut piawai formulasi yang telah didaftarkan serta diluluskan oleh Kementerian berkenaan. Sehubungan dengan itu, majoriti produk herba yang dipasarkan di Malaysia adalah selamat untuk pengguna”, tambahnya.

Selain daripada itu, teknologi terkini yang sedia ada di pasaran seperti teknologi “super-critical extraction” serta penemuan terkini di dalam sektor bioteknologi membolehkan bahan kontaminasi yang memudaratkan kesihatan seperti arsenik, plumbum dan raksa di dalam pelbagai bahan asas herba di asingkan dan hanya bahan aktif yang baik sahaja digunakan di dalam pembuatan dan pengeluaran produk herba. Teknologi ini telah pun sedia ada di pasaran sejak lebih sedekad yang lalu.

“Malahan produk herba yang dihasilkan dari kepelbagaian flora dan fauna negara ini yang diproses melalui kawalan kualiti yang ketat terbukti berkesan untuk membantu pengguna. Pengambilan yang berterusan dan sekiranya diamalkan secara sistematik akan mengimbangi kesihatan pengamalnya serta mengukuhkan sistem imunisasi badan” kata Zainal Azman.

Beliau turut menambah bahawa industri produk herba di negara ini adalah satu sektor yang dinamik dengan kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 10% setahun serta nilai pasaran tahunan mencapai RM 10 billion.

Zainal Azman yakin bahawa industri herba berpotensi besar untuk dikembangkan lagi memandangkan produk-produk yang dihasilkan daripada herba tidak terhad kepada produk kesihatan tetapi juga produk makanan, kosmetik, penjagaan diri dan barangan keperluan harian.Zainal A. Kasimhttp://www.blogger.com/profile/18012043145523431445noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3387708098370810396.post-66990785072478019512010-01-27T09:45:00.002+08:002010-01-27T09:48:00.520+08:00Gula Adalah RacunTIDAK seperti kenaikan harga barangan lain yang kebiasaannya mendapat reaksi negatif orang ramai, kenaikan harga gula sebanyak 20 sen berkuat kuasa 1 Januari lalu diterima dengan agak tenang.

Di pihak kerajaan, kenaikan harga itu memberi manfaat dari dua sudut utama iaitu pertamanya dari sudut penjimatan subsidi sehingga RM1.26 bilion. Keduanya dari sudut kesihatan yang mana ia boleh mengurangkan pengambilan gula secara berlebihan di kalangan orang ramai.

Dalam menyambut baik langkah kerajaan itu terutamanya dari sudut kesihatan, pengguna juga menaruh harapan kenaikan harga gula itu tidak menyebabkan kesan berantai terutamanya kenaikan harga makanan lain. Mereka juga berharap kerajaan serius dalam soal pemantauan dan penguatkuasaan itu supaya ia tidak menjadi beban kepada rakyat.

Gambaran mengenai isu gula dan kepenggunaannya ini dibincangkan dengan jelas oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Maamor Osman dalam Sembang Pengguna. Berikut adalah sedutan transkrip sembang tersebut yang dikendalikan MARHAINI KAMARUDIN dan LUKMAN ISMAIL baru-baru ini.

Transkrip Temubual Di sini.Zainal A. Kasimhttp://www.blogger.com/profile/18012043145523431445noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3387708098370810396.post-62389705970663230902009-10-30T23:18:00.001+08:002009-10-30T23:20:29.352+08:00Herba Tempatan Ke Arab Saudi

Herba tempatan ke Arab Saudi
Oleh Ahmad Farizal Hajat

Bahra Establishment jadi pengedar tunggal

MALAYSIAN Herbal Corporation Sdn Bhd (MHC), anak syarikat milik penuh Kumpulan Industri Kerajaan Malaysia bagi Teknologi Tinggi (MiGHT), menjalin kerjasama dengan Bahra Establishment (K.S.A) bagi memasarkan produk herba tempatan di Arab Saudi.

Menerusi kerjasama berkenaan, Bahra Establishment, firma yang diperbadankan di Jeddah itu turut dilantik sebagai pengedar tunggal produk di bawah jenama Herbal Shoppe, bagi menembusi pasaran lain, termasuk negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC).

Pengurus Besar MHC, Zainal Azman Abu Kasim, berkata selain membantu memasarkan produk herba tempatan, firma itu juga dilantik membantu MHC membuka kiosk Herbal Shoppe.

Kiosk berkenaan adalah platform khas yang diwujudkan MHC bagi menyediakan ruang untuk memasarkan produk pengusaha herba tempatan, di beberapa bandar raya lain di Asia Barat.

Sebagai permulaan, katanya, Bahra Establishment akan membawa masuk beberapa produk herba tempatan yang dipasarkan menerusi kiosk Herbal Shoppe untuk dipamerkan di ruang pameran Dubai International Halal Expo pada 10 dan 11 November ini.

“Syarikat itu turut akan membawa masuk produk herba Malaysia untuk dipasarkan di beberapa kedai yang dilesenkan kerajaan Arab Saudi bagi menjual produk berasaskan herba luar, selain membantu MHC membuka kiosk Herbal Shoppe di Bandaraya Jeddah, seawal tahun depan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mewakili MHC memeterai memorandum persefahaman dengan Bahra Establishment yang diwakili pengerusinya, Dr Mohammad M.J. Nader, di Kuala Lumpur, semalam.

Majlis itu disaksikan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Mohd Shafei Abdullah.

Zainal berkata, penubuhan kiosk Herbal Shoppe di pasaran Asia Barat, yang bakal ditempatkan di kebanyakan pusat beli belah terkemuka itu, bertujuan memperkenalkan konsep baru pemasaran produk herba Malaysia.

Katanya, usaha membuka lebih banyak Herbal Shoppe di pasaran luar juga bertujuan membantu mempromosikan lagi produk herba keluaran tempatan yang diusahakan pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di bawah satu bumbung.

Beliau berkata, sebelum ini, PKS yang mengusahakan produk herba tempatan agak sukar menjual dan memasarkan produk keluaran mereka, menyebabkan industri berkenaan yang mula berkembang sejak beberapa tahun lalu berada dalam suasana kurang memuaskan.

“Apabila MHC ditubuhkan, kami diberi tanggungjawab dalam memastikan usaha PKS herba ini tercapai, iaitu bermula dari peringkat awal hingga ke pemasaran,” katanya.

Selain Asia Barat, Kiosk Herbal Shoppe yang diwujudkan bagi menyediakan alternatif kepada pengusaha untuk memasarkan produk mereka tanpa perlu membuat bayaran penyenaraian yang tidak munasabah, juga sudah dibuka di Bangladesh, Indonesia dan Brunei.
Zainal A. Kasimhttp://www.blogger.com/profile/18012043145523431445noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-3387708098370810396.post-1522080523141646042009-05-04T15:12:00.002+08:002009-05-04T15:17:21.860+08:00Harian Metro: Nilai Pasaran Herba RM8bNilai Pasaran Herba RM8b
Oleh Efindi Badarudin
efindi@hmetro.com.my

Herba tempatan mencatat nilai pasaran kira-kira RM8 bilion tahun lalu berbanding tahun sebelumnya dengan peningkatan 10 peratus, sekali gus membuktikan industri berkenaan mempunyai potensi luas untuk dimajukan.

Ini bermakna pasaran industri herba tempatan meningkat empat kali ganda bermula 2002 apabila ketika itu pasaran industri berkenaan kira-kira RM2 bilion.

Pengurus Besar Kumpulan Malaysia Herbal Corporation (MHC) Zainal Azman Abu Kasim, berkata pasaran produk herba dunia tahun lalu mencecah RM720 bilion.

Menurutnya, MHC, anak syarikat milik penuh Kumpulan Industri Kerajaan Malaysia bagi Teknologi Tinggi (Might) yang bertanggungjawab memajukan industri herba di negara ini, melakukan pelbagai aktiviti untuk meningkatkan pendapatan pengusaha herba.

Katanya, antara projek terbaru MHC ialah melancarkan portal DagangHerbal.com, sebuah portal yang dibangun khusus untuk industri herba.

“Portal ini bertujuan memudahkan pengusaha termasuk mereka yang memasarkan produk herba di Malaysia menjalankan urus niaga secara terus kepada pelanggan,” katanya di Kuala Lumpur.

Menurut Zainal Azman, pelancaran portal itu adalah lanjutan kejayaan program Pusat Pengumpulan dan Pemasaran Produk Usahawan (4PU) produk herba yang dikendalikan MHC.

Beliau berkata, berikutan kejayaan projek 4PU herba itu, 150 syarikat yang menyertai projek berkenaan kini disenaraikan di portal terbabit.

“Portal ini dibangun dengan kerjasama syarikat Dagang Net Asia Sdn Bhd.

“Ia juga sebagai portal rujukan utama kepada pembeli dan penjual produk herba untuk mendapat maklumat mengenai produk, bekalan, pengusaha dan sebagainya dalam industri herba,” katanya.

Menurut Zainal Azman, portal itu mempunyai laman khusus untuk pengusaha produk herba menyenaraikan produk mereka yang boleh dilihat bakal pembeli di seluruh dunia.Zainal A. Kasimhttp://www.blogger.com/profile/18012043145523431445noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3387708098370810396.post-79732875451776987812009-02-03T07:21:00.001+08:002009-02-03T07:23:37.540+08:00Harian Metro: Tinjau Teknologi, Pasaran HerbaTinjau teknologi, pasaran herba
Oleh Efindi Badarudin
efindi@hmetro.com.my

MALAYSIAN Herbal Corporation (MHC), anak syarikat milik penuh Kumpulan Industri Kerajaan Malaysia bagi Teknologi Tinggi (Might), mengadakan misi lawatan dagang ke beberapa negara termasuk Indonesia bagi mengenal pasti pasaran serta teknologi digunakan pengusaha herba di negara terbabit.

Pengurus Besar Kumpulan, Zainal Azman Abu Kasim, berkata MHC bersama pengusaha herba Malaysia yang membuat tinjauan itu mahu melihat lebih dekat teknologi dan jenis herba yang diguna pengusaha herba di luar negara supaya ia boleh dikomersialkan di negara ini.

Menurutnya, selain tinjauan teknologi itu, MHC juga mencari pasaran bagi memudahkan pengusaha herba tempatan memasarkan hasil mereka ke luar negara.“Kami adakan pertemuan dengan pengusaha herba di luar negara dan daripada situ pengusaha tempatan dapat menjalinkan hubungan perniagaan yang memudahkan mereka bertukar pendapat serta maklumat mengenai industri herba,” katanya kepada Bisnes Metro.Zainal A. Kasimhttp://www.blogger.com/profile/18012043145523431445noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3387708098370810396.post-59679352921422676372008-11-20T18:06:00.002+08:002008-11-20T18:10:46.485+08:005 Kementerian Patut Selaras Kajian Herba

MUSTAPA (tengah) bersama Zainal Azman dan Mahadzir (kiri) melancarkan Laman Web e-Dagang dan Taklimat Program Pengiklanan Media Internet Industri Herba di Kuala Lumpur, semalam.

Setiap agensi laksana fungsi hampir sama: Mustapa

KUALA LUMPUR: Pertindihan fungsi dalam aspek pelaksanaan tugas lima kementerian perlu disusun semula bagi memastikan pengeluaran bahan mentah herba negara yang ketika ini dianggarkan bernilai lebih RM400 juta terus berkembang. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed berkata, selain kementeriannya, kementerian terbabit ialah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi; Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi; Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pengajian Tinggi.

"Setiap agensi kementerian itu menjalankan tugas yang hampir sama. Contohnya, penyelidikan oleh Mardi, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Kementerian Kesihatan adalah untuk meningkatkan kualiti industri herba.

"Namun, langkah bersepadu membolehkan tongkat ali, misai kucing, kacip fatimah, serai dan pelbagai jenis herba diberi perhatian sewajarnya kerana kegunaannya sudah mendapat tempat di kalangan masyarakat, sama ada bagi tujuan penjagaan kesihatan atau kecantikan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan majlis Pelancaran Laman Web e-Dagang dan Taklimat Program Pengiklanan Media Internet Industri Herba di sini, semalam. Hadir sama, Pengurus Besar Kumpulan Malaysian Herbal Corporation, Zainal Azman Abu Kasim dan Pengerusi DagangAsia Net Sdn Bhd, Mahadzir Mohd Isa.

Mustapa berkata, perubatan herba ditawarkan di tiga hospital terpilih iaitu Hospital Kepala Batas di Pulau Pinang, Hospital Pandan di Johor dan Hospital Putrajaya. "Ia memperlihatkan perkembangan industri herba negara yang semakin mendapat permintaan daripada masyarakat. "Justeru, kerajaan kini turut mengkaji usaha meningkatkan pengeluaran bahan mentah herba kerana ketika ini negara mengimport 65 hingga 70 peratus bahan mentah dari Indonesia dan India," katanya.

Sementara itu, Zainal berkata, keluaran industri herba tempatan akan meningkat kepada RM8 bilion tahun ini berbanding RM7.5 bilion tahun laluZainal A. Kasimhttp://www.blogger.com/profile/18012043145523431445noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3387708098370810396.post-7351025125946666982008-11-15T13:36:00.002+08:002008-11-15T13:38:45.251+08:00Kenyataan Akhbar: Pelancaran e-Dagang Oleh Dato' Mustapa Mohamed
MAJLIS PELANCARAN LAMAN WEB E-DAGANG DAN TAKLIMAT PROGRAM PENGIKLANAN MELALUI MEDIA INTERNET UNTUK USAHAWAN HERBA, PRODUK ASLI DAN ASAS TANI

Kuala Lumpur – Malaysian Herbal Corporation (MHC), sebuah anak syarikat milik penuh Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MiGHT) dengan kerjasama rakan teknikalnya, DagangAsia Net Sdn. Bhd. (DagangAsia) akan melancarkan laman web e-Dagang dan program pengiklanan melalui media internet untuk usahawan herba, produk asli dan asas tani pada jam 9.00 pagi, 19 November 2008 (Rabu) di Pacific Ball Room, Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur. Majlis pelancaran akan disempurnakan oleh Y.B. Dato’ Mustapa Mohamed, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Program ini yang disokong oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MoA) dan juga Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD), adalah dirangka khas untuk usahawan herba, produk asli dan asas tani Bumiputra dengan objektif untuk melahirkan usahawan Bumiputra berjaya melalui kempen pengiklanan media internet yang terancang dan sistematik.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Zainal Azman bin Abu Kasim, Pengurus Besar Kumpulan MHC menyatakan bahawa program ini dirangka bagi memberi peluang kepada usahawan herba dan asas tani Bumiputra untuk menggunakan media internet bagi mempromosikan produk-produk keluaran mereka.

“Pemasaran melalui internet akan membuka ruang yang lebih luas kepada usahawan Bumiputra untuk memasarkan produk mereka memandangkan sehingga kini terdapat 1.3 billion pengguna internet di seluruh dunia. Ini menjamin pasaran yang besar kepada usahawan Bumiputra bagi memasarkan produk mereka” tegasnya.

Sebanyak dua (2) pakej telah dibangunkan untuk pilihan usahawan. Setiap usahawan boleh memilih mana-mana pakej yang sesuai mengikut kesesuaian strategi perniagaan mereka serta bajet pemasaran masing-masing. Pakej yang telah disediakan adalah seperti berikut:

Pakej Jaya (Premium)
Bayaran Penyertaan: RM3,000
· 30 halaman dengan sistem web-office yang dijana dengan sistem jaringan;
· Penyelenggaraan DIY dengan sistem web-office;
· Sistem penyiaran berita;
· Hos laman web;
· Pengiklanan sepanduk di dalam lamanweb DagangHalal.com selama 40 hari (terhad kepada 300 usahawan yang terawal sahaja);
· Keutamaan senarai daftar dalam DagangHalal.com;
· Keutamaan enjin pencarían DagangHalal.com;
· Ikon sijil akuan peniaga MeCD-DagangHalal.com; dan
· Promosi di pameran perdagangan antarabangsa yang disertai oleh DagangHalal.com.

Pakej Usaha (Standard)
Bayaran Penyertaan: RM1,250
· Keutamaan penyenaraian dalam direktori dan enjin pencarían DagangHalal.com;
· Senarai halaman dengan logo syarikat, premis syarikat dan boleh mempamerkan sehingga 10 imej produk beserta dengan huraian lengkap;
· Penyelenggaraan secara DIY dengan sistem web office; dan
· Sijil ikon senarai daftar DagangHalal.com.

Program khas laman web e-dagang ini dibangunkan oleh MHC dengan kerjasama DagangAsia. Manakala MeCD pula menyediakan dana dalam bentuk Geran Bersamaan sebanyak 50% daripada pakej-pakej yang ditawarkan. Usahawan yang berminat pula hanya perlu membayar baki 50% bagi kontrak penyertaan selama satu (1) tahun.

Syarikat/usahawan yang berminat dijemput hadir ke Majlis pelancaran seperti yang dijadualkan. Maklumat lanjut serta borang permohonan untuk menyertai program ini boleh dimuat turun daripada laman web MHC di www.malaysianherbal.com ataupun menghubungi MHC di: 03 – 2697 6620 dan bercakap dengan pegawai-pegawai berikut:

Encik Mohamed Alias Mohd. Arifin
Cik Juhafida Jaafar
Zainal A. Kasimhttp://www.blogger.com/profile/18012043145523431445noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3387708098370810396.post-88172502950731324232008-03-10T17:59:00.003+08:002008-03-10T18:04:50.719+08:00Seminar Perdagangan: International Conference on Herbal and Natural Products 2008Malaysian Herbal Corporation (MHC) akan menganjurkan satu seminar antarabangsa sempena dengan NATPRO 2008. The International Conference on Herbal and Natural Products 2008 ini akan dianjurkan pada 27 dan 28 March 2008 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Penyertaan adalah terbuka kepada semua yang berminat dengan industri herba dan produk semulajadi.

Maklumat dan juga pendaftaran boleh diperolehi di sini.Zainal A. Kasimhttp://www.blogger.com/profile/18012043145523431445noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3387708098370810396.post-27322667369250258662008-02-27T10:48:00.001+08:002008-02-27T10:50:57.747+08:00Vanilla Di Perkenal Jadi Tanaman Komoditi BaruBerita Harian: 27 Februari 2008
Vanila diperkenal jadi tanaman komoditi baru
Oleh Jalal Ali Abdul Rahim

SERDANG: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mahu memperkenalkan vanila sebagai tanaman komoditi baru kerana pasarannya yang luas pada peringkat antarabangsa. Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata tanaman itu mempunyai ciri pertanian yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) seperti nilai tambah tinggi, komersial, penggunaan teknologi moden, memanfaatkan bioteknologi serta pembabitan usahawan tani dan tenaga kerja mahir.

Katanya, kajian Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) pada 1992 membuktikan pokok vanila boleh mengeluarkan buah berkualiti di negara ini. Vanila digunakan secara meluas dalam industri pemakanan seperti ais krim, minuman dan kek serta bau-bauan, khususnya industri pembuatan minyak wangi. Industri pembuatan tayar turut menggunakan vanila untuk mengatasi masalah bau getah yang kuat, selain industri farmaseutikal dan nutraseutikal. “Industri vanila adalah industri baru yang wajar diterokai secara serius oleh sektor pertanian negara. Usaha memperkenalkannya sebagai tanaman baru juga akan mengelak Malaysia terlalu bergantung kepada beberapa komoditi seperti getah dan kelapa sawit.

“Dengan mempelbagaikan tanaman komoditi negara, kita lebih bersedia menyerap faktor turun naik atau ketidakseimbangan harga komoditi di pasaran,” katanya pada majlis perasmian Seminar Vanila Malaysia Pasaran Dunia anjuran bersama Malaysian Herbal Corporation Sdn Bhd (MHC) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) di universiti berkenaan di sini, semalam. Teks ucapannya dibacakan Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Dr Zulkifli Idris. Hadir sama Naib Canselor UPM, Prof Datuk Dr Nik Mustapha Abdullah; Pengarah Eksekutif MHC, Asmadi Md Said dan Ketua Pegawai Eksekutif Rentak Timur Sdn Bhd, Syed Isa Syed Alwi.

Dua perjanjian persefahaman (MoU) dimeterai membabitkan Vanilla Biometrix Sdn Bhd (VBSB), UPM dan Koperasi Usahawan Putrajaya Berhad bagi tujuan penyelidikan, penanaman dan pemasaran tanaman dan hasilnya. Muhyiddin berkata, dengan kelebihan potensi membekalkan vanila asli, Malaysia mampu meneroka pasaran utama dunia seperti Eropah dan Amerika Utara yang memberi penekanan terhadap penggunaan vanila asli kerana memenuhi kawalan kualiti dan piawaian ketat.

Sehubungan itu, kementeriannya berharap agensi penyelidikan termasuk swasta membuat kajian dan penyelidikan menghasilkan spesies pokok vanila tempatan dan menyediakan tapak ladang, manakala institusi kewangan menyediakan pembiayaan perlu bagi menyokong tanaman itu.Zainal A. Kasimhttp://www.blogger.com/profile/18012043145523431445noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-3387708098370810396.post-86448753798767830662008-02-19T08:16:00.001+08:002008-02-19T08:29:19.570+08:00RM65j Bina Kilang Produk HerbaBerita Harian: 19 Februari 2008
RM65j bina kilang produk herba
Oleh Ahmad Fiesal Othman

SEJUMLAH RM65 juta diperuntukkan tahun ini untuk membina dua kilang pemprosesan produk herba bagi membantu serta menggalakkan pihak swasta menceburi serta mengkomersilkan produk berkenaan. Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis, berkata ia masing-masing RM35 juta untuk membina fasa kedua kilang TPM Biotech Sdn Bhd di Raub, Pahang dan RM30 juta bagi pembinaan kilang baru di Perlis. Katanya, peruntukan berkenaan selaras usaha kerajaan menyediakan prasarana terbaik bagi membantu mengurangkan risiko dan beban kewangan pihak swasta menceburi bidang baru itu.

Beliau berkata, ia juga sebahagian usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai pengeluar produk herba bertaraf dunia menerusi bioteknologi dan penghasilan kaedah baru daripada kepelbagaian ramuan herba yang dimiliki. “Kemudahan prasarana dibina kerajaan seperti kilang pemprosesan herba dapat digunakan dan dimanfaatkan syarikat swasta yang mana setakat ini kilang di Raub, digunakan kira-kira 150 syarikat untuk memproses produk mereka,” katanya. Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis memeterai perjanjian persefahaman (MoU) antara anak syarikat milik penuh Technology Park Corporation Malaysia Sdn Bhd, TPM Biotech Corporation dengan Herbavescent Sdn Bhd dan perjanjian anak syarikat Ipmuda Bhd - UniHerbal Sdn Bhd dengan Provitz Biotech Sdn Bhd.

Pada majlis di Kuala Lumpur, semalam, itu Jamaludin turut melancarkan rangkaian produk Herbavescent dan Spartan yang dikeluarkan oleh Provitz Biotech. Hadir sama, Pengerusi Eksekutif Ipmuda, Tan Sri Abu Sahid Mohamed. MoU antara TPM Biotech dengan dengan Herbavescent ialah untuk menjalin kerjasama dalam aspek pembangunan produk, kontrak pengeluaran dan mengkomersilkan produk herba dan kesihatan. MoU antara UniHerbal dengan Provitz Biotech pula ialah bagi melantik anak syarikat Ipmuda itu sebagai pengedar tunggal produk Spartan iaitu formulasi herba bagi membantu meningkatkan kekuatan, ketahanan dan kejantanan selain meningkatkan kesihatan secara am.

Jamaludin menambah, pembinaan fasa kedua kilang TPM Biotech di Raub kini sedang berjalan dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun, manakala kilang baru di Perlis adalah bagi memenuhi keperluan di utara Semenanjung. Katanya, kementeriannya turut mendapat permintaan daripada Ketua Menteri Sabah untuk membina kilang serupa di negeri berkenaan dan akan memohon peruntukan baru kerajaan bagi tujuan itu. Beliau berkata, selain menyediakan kemudahan prasarana, kementeriannya sebagai antara yang dipertanggungjawabkan untuk memajukan industri herba juga bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan untuk mewujudkan standard keselamatan untuk produk herba dihasilkan. “Kelulusan seperti itu amat penting bagi memastikan produk herba yang dihasilkan dijamin selamat serta memenuhi piawaian antarabangsa. Kabinet sudah meluluskan perkara itu dan ia akan dilancarkan tahun ini,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Provitz Biotech, Probhat Malakar, berkata pihaknya mensasarkan meraih jualan antara RM18 juta hingga RM22 juta untuk tempoh 12 bulan akan datang bagi rangkaian produk Spartan dan Herbavescent dihasilkannya. Beliau berkata, produk terbabit setakat ini dipasarkan ke Turki dan syarikat mengenal pasti pasaran di Eropah, Thailand, Indonesia, Singapura dan Asia Barat yang berminat. “Dengan herba diperoleh dari Malaysia dan negara jiran Asean serta India dan China, Provitz Biotech berhasrat menjalankan lebih banyak penyelidikan dan pembangunan (R&D),” katanya.Zainal A. Kasimhttp://www.blogger.com/profile/18012043145523431445noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3387708098370810396.post-62265184340567754162008-02-18T11:05:00.000+08:002008-02-18T11:07:51.654+08:0023 Gerai Pamer Produk TempatanBerita Harian: 16 Februari 2008
23 gerai pamer produk tempatan
Oleh Abdul Halim Yusoff

MAHB sedia ruang niaga usahawan Bumiputera di terminal penumpang KLIA, LCCT MALAYSIA Airports Holdings Bhd (MAHB) menawarkan lebih banyak ruang niaga kepada usahawan untuk memasarkan produk keluaran tempatan di terminal penumpang Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Terminal Tambang Murah (LCCT) di Sepang. Ini susulan persefahaman dimeterai dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, yang menyaksikan MAHB menyediakan 23 gerai untuk usahawan Bumiputera menjual enam kategori keluaran tempatan merangkumi produk herba, kraf, fesyen, makanan, minuman dan produk aromaterapi.

Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Mohd Hashim Abdullah, berkata usahawan tempatan yang terpilih dijangka mula berniaga di lokasi berkenaan menjelang Jun ini. Katanya, program berkenaan dirangka khusus bagi mengetengahkan produk dan barangan tempatan kepada masyarakat antarabangsa, sebelum produk berkenaan dipasarkan ke seberang laut. Beliau berkata, usaha promosi penting bagi membolehkan produk keluaran pengusaha tempatan dikenali dan diterima baik di peringkat antarabangsa.

“Kerajaan sentiasa menggalakkan usahawan tempatan meningkatkan kegiatan promosi dan inovasi. Kementerian memperuntukkan dana RM10 juta setahun bagi membantu usahawan melaksanakan kegiatan promosi,” katanya. Beliau berkata demikian selepas mewakili menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin melancarkan Plaza Herba (MHC) dan Projek Pusat Pengumpulan dan Pemasaran Produk Usahawan (4PU) di Kuala Lumpur, semalam. Hadir sama Pengerusi Eksekutif Malaysian Herbal Corporation; Datuk Dr Ahmed Tasir Lope Pihie, Pengurus Besar MHC, Zainal Azman Abu Kasim; Ketua Penolong Setiausaha Kanan MECD, Mohamad Khir Mat Lazim dan Pengarah Eksekutif MHC, Asmadi Md Said.

MHC ialah anak syarikat Kumpulan Industri Kerajaan Malaysia bagi Teknologi Tinggi (MiGHT). Projek MHC dan 4PU ialah usaha sama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi serta Might bagi memasarkan produk herba keluaran usahawan tempatan. Mohd Hashim berkata, kementerian hingga kini mewujudkan lima pusat 4PU iaitu masing-masing satu di Kuala Lumpur, Kedah, Perak, Kelantan, Johor dan Selangor. Katanya, 4PU adalah mekanisme pemasaran yang diperkenalkan kementerian itu untuk membantu usahawan memasarkan produk mereka secara konsisten.

“4PU ialah Pusat Dagangan yang mempunyai elemen pengumpulan, pemasaran dan tambah nilai di bawah program ‘Groom Big’, yang mana kerajaan mahu mewujudkan dua kelompok usahawan iaitu pengeluar dan usahawan pemasaran. “Kementerian sudah mengenal pasti 12 usahawan pemasaran di Malaysia, dan kami mensasarkan mewujudkan seramai 10 usahawan pemasaran setiap tahun,” katanya. Bagi program 4PU dan produk herba, MHC akan berfungsi sebagai agensi pemasaran kementerian bagi produk herba yang dikeluarkan usahawan Bumiputera. Di 4PU, semua produk herba akan dikumpul, dipamer, dipromosi, ditambah nilai dan dipasarkan MHC.Zainal A. Kasimhttp://www.blogger.com/profile/18012043145523431445noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3387708098370810396.post-29300458300051163262008-02-18T11:02:00.003+08:002008-02-18T11:08:15.609+08:00Keluaran Industri Herba Tempatan Di Unjur RM6BBerita Harian: 13 Februari 2008
Keluaran industri herba tempatan diunjur RM8b
Oleh Zef Othman

Malaysian Herbal anjur pelbagai promosi produk jana pertumbuhan

MALAYSIAN Herbal Corporation, anak syarikat milik penuh Kumpulan Industri Kerajaan Malaysia bagi Teknologi Tinggi (MIGHT), mengunjurkan nilai keluaran industri herba tempatan akan meningkat kepada RM8 bilion tahun ini daripada RM7.5 bilion tahun lalu. Pengurus Besar Kumpulannya, Zainal Azman Abu Kasim berkata, unjuran itu adalah sejajar dengan sasaran pertumbuhan tahunan industri itu, iaitu sekitar 10 peratus.

Beliau berkata, antara usaha yang dilaksanakan Malaysian Herbal bagi menjana pertumbuhan industri itu adalah mempelbagaikan aktiviti promosi produk herba, termasuk penganjuran temasya herba serta meningkatkan pendedahan terhadap penghasilan produk yang menggunakan bahan semula jadi yang boleh didapati di negara ini. Katanya, temasya herba yang bakal diadakan itu dijangka memberikan pendedahan kepada pengguna di negara ini mengenai produk yang boleh didapati di pasaran, disamping penggunaan bahan asas bagi mengeluarkan produk berasaskan herba. "Temasya dan aktiviti promosi produk herba secara agresif dapat membantu usahawan tempatan mempromosikan rangkaian produk di pasaran secara lebih meluas lagi," katanya kepada Berita Harian di Kuala Lumpur, semalam.

Menjelang penganjuran temasya herba pertama di Menara Kuala Lumpur pada 20 April ini, Malaysian Herbal akan menganjurkan temasya mini herba di pekarangan Plaza Herbal di Medan Tuanku, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Sebanyak 20 syarikat tempatan sudah mendaftar untuk menyertai temasya itu yang akan diadakan sempena pelancarannya plaza itu 15 Februari ini. Zainal berkata, ketika ini produk makanan tambahan dan kosmetik adalah antara produk herbal yang mendapat permintaan menggalakkan di negara ini. Beliau berkata, antara yang mempunyai potensi untuk berkembang pula adalah rangkaian produk farmaseutikal yang masih kurang diusahakan oleh usahawan tempatan.

Produk farmaseutikal, katanya begitu kurang diusahakan oleh usahawan tempatan kerana ia memerlukan pelaburan besar sementara pembangunan produk pula mengambil masa yang lama, iaitu antara lima hingga 10 tahun. Namun, katanya Malaysian Herbal menyarankan usahawan tempatan mengembangkan produk keluaran mereka untuk turut meliputi produk farmaseutikal bagi membolehkan mereka meneroka pasaran luar negara. "Mereka perlu memanfaatkan dana yang telah disediakan kerajaan untuk membantu usahawan melakukan penyelidikan membangunkan produk berkenaan," katanya.Zainal A. Kasimhttp://www.blogger.com/profile/18012043145523431445noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3387708098370810396.post-78077305170022791202008-02-15T16:33:00.003+08:002008-12-09T13:55:49.490+08:00Herbal Plaza di rasmikan

Majlis pelancaran Herbal Plaza dan Pusat Pengumpulan dan Pemasaran Produk Usahawan (4PU) telah selamat dilancarkan oleh Yang Berbahagia Dato' Mohd. Hashim Abdullah, Timbalan Ketua Setiausaha (Usahawan) Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD) yang mewakili Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Yang Berhormat Dato' Mohamed Khaled Nordin.

Seramai 300 orang telah hadir ke majlis perasmian ini yang terdiri daripada usahawan industri herba, pegawai-pegawai Kerajaan dan mereka yang berminat dengan industri ini.

Dalam masa yang sama 20 orang usahawan daripada peserta Herbal Plaza telah mengambil bahagian di dalam program Mini Herbal Fest yang diadakan di perkarangan Herbal Plaza. Adalah diharapkan lebih ramai usahawan industri herba akan menyertai program Herbal Plaza/4PU di masa hadapan.

Zainal A. Kasimhttp://www.blogger.com/profile/18012043145523431445noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3387708098370810396.post-25339855031282114882008-02-11T09:00:00.000+08:002008-12-09T13:55:49.626+08:00Perasmian Herbal PlazaProjek Herbal Plaza yang terletak di Medan Tuanku, Kuala Lumpur akan dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD), Dato' Seri Mohamad Khalid bin Nordin pada 15 Februari 2008.

Adalah dijangkakan 500 orang akan menghadiri majlis perasmian ini di mana YB Menteri akan melancarkan projek Herbal Plaza, Pusat Pengumpulan dan Pemasaran Produk Usahawan (4PU) herba dan Herbal Shoppe yang akan menjual produk-produk usahawan herba yang dipamerkan di Herbal Plaza.

Dalam masa yang sama, satu program Mini Herbal Fest juga akan diadakan pada hari yang sama dihadapan bangunan Herbal Plaza. 20 orang usahawan herba yang dipilih daripada kalangan peserta Herbal Plaza akan menyertai Mini Herbal Fest ini untuk mempamer dan menjual produk-produk mereka. Mini Herbal Fest ini akan diadakan dari jam 8.00 pagi - 6.00 petang pada hari yang sama.

Usahawan industri herba, orang ramai dan semua yang berminat dijemput hadir ke majlis perasmian ini dan juga Mini Herbal Fest yang diadakan. Butir-butir adalah seperti berikut:

Tarikh: 15 Februari 2008 (Jumaat)
Masa: 8.00 pagi - 6.00 petang
Perasmian: 9.00 pagi
Lokasi: No. 15, Jalan Medan Tuanku 1, Medan Tuanku, 50300 Kuala LumpurZainal A. Kasimhttp://www.blogger.com/profile/18012043145523431445noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3387708098370810396.post-28645142140602901662008-02-10T11:46:00.000+08:002008-12-09T13:55:49.687+08:00Herbal PlazaHerbal Plaza adalah projek Malaysian Herbal Corporation (MHC) dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD). Ianya adalah merupakan Pusat Pengumpulan dan Pemasaran Produk Usahawan berasaskan herba dan produk asli (natural products).

Herbal Plaza yang bertempat di No. 15, Jalan Medan Tuanku 1, Medan Tuanku, Kuala Lumpur ini dibangunkan sebagai pusat setempat untuk industri herba di mana semua produk dan perkhidmatan yang berkaitan di kumpul dan dipamerkan di satu tempat khususnya untuk usahawan-usahawan tempatan dan luar negara berkumpul dan menjalankan aktiviti perniagaan mereka. Sebanyak 300 ruang pameran di sediakan kepada usahawan-usahawan di dalam industri herba yang berminat. Dalam masa yang sama, peserta yang mempamerkan produk mereka di Herbal Plaza juga boleh menjual produk-produk yang dipamerkan di kaunter jualan yang dikendalikan oleh MHC.

Peserta yang mengambil bahagian di dalam projek Herbal Plaza ini bukan sahaja berpeluang untuk mempamer dan menjual produk mereka, malahan berpotensi untuk:

Mempamerkan produk sepanjang tahun;

menyertai aktiviti promosi terancang dari semasa ke semasa;

Menyertai program networking industri;

Mendapat maklumat pertanyaan perdagangan (trade inquiries) terkini dari semasa ke semasa;

Keutamaan untuk menyertai pelbagai sessi latihan berkaitan industri yang dianjurkan oleh MHC;

Pendedahan di dalam pameran perdagangan dalam dan luar negara.

Usahawan yang berminat untuk menyertai projek Herbal Plaza ini boleh mendapatkan maklumat lanjut di sini ataupun memuat turun borang penyertaan di sini.
Zainal A. Kasimhttp://www.blogger.com/profile/18012043145523431445noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3387708098370810396.post-81054622502108228352008-02-06T08:08:00.000+08:002008-02-06T08:11:44.256+08:00Selamat BercutiSaya ingin mengucapkan selamat bercuti kepada semua rakyat Malaysia khususnya mereka yang berbangsa Cina yang akan menyambut tahun baru cina pada 7 Februari 2008 ini. Kepada yang bercuti dan balik kampung, pandulah dengan cermat dan berhati-hati.Zainal A. Kasimhttp://www.blogger.com/profile/18012043145523431445noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3387708098370810396.post-13538172415808470792008-02-05T14:35:00.000+08:002008-12-09T13:55:49.842+08:00Malaysian Herbal CorporationMalaysian Herbal Corporation (MHC) ditubuhkan pada bulan Januari 2001 sebagai anak syarikat milik penuh (100%) Malaysian Industry Government Group for High Technology (MiGHT), sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Sejak penubuhannya, MHC aktif memajukan industri herba di negara ini dengan pelbagai aktiviti seperti penganjuran pameran perdagangan NATPRO, seminar industri, perkhidmatan konsultansi, menganjurkan misi perdagangan ke luar negara dan sebagainya lagi.

Dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan ini, industri herba semakin popular di negara ini. Malahan statistik menunjukkan peningkatan yang begitu ketara di mana dalam tahun 1999, industri berasaskan herba di Malaysia bernilai RM4.55 billion telah meningkat kepada RM8 billion dalam tahun 2006. Ini menunjukkan kadar peningkatan sebanyak 10% setahun.

Maklumat lanjut berkaitan dengan MHC boleh diperolehi di laman web ini.Zainal A. Kasimhttp://www.blogger.com/profile/18012043145523431445noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3387708098370810396.post-88660812065360737872008-02-04T10:41:00.000+08:002008-02-10T11:19:00.449+08:00Blog Go Herbal!Salam sejahtera dan selamat datang ke laman blog ini. Blog Go Herbal ini adalah untuk mereka yang berurusan di dalam industri herba khususnya di Malaysia. Terbuka kepada usahawan, petani, pensyarah, pegawai pertanian, pengilang, herbalist dan lain-lain penggiat industri ini.

Saya akan membawa khabar, berita, pengumuman dan lain-lain yang berkaitan dengan industri herba di Malaysia dan juga dunia untuk dikongsi bersama demi kepentingan bersama. Saya ingin menjemput sesiapa sahaja yang berminat dengan industri herba ini untuk turut sama berbahas dan juga menyumbang idea untuk kepentingan dan kebaikan bersama. Namun hadkan perbahasan anda kepada isu-isu yang berkaitan dengan industri ini sahaja.

Selamat Datang!Zainal A. Kasimhttp://www.blogger.com/profile/18012043145523431445noreply@blogger.com0